Khamis, 13 Jun 2013

KAYUHAN HARI GURU

KAYUHAN SEMPENA HARI GURU PERINGKAT NEGERI PAHANG AKAN DI ADAKAN PADA 15 JUN 2013, BERMULA DIDATARAN PEKAN JAM 8.00 PAGI SEMUA DI JEMPUT BERKAYUH.
MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI MD KARIMI PPD PEKAN 09 4264441/ 094264442

Rabu, 26 Disember 2012

BESERAH TENGKUJUH RIDE

23 Disember 2012 telah berlangsung Beserah Tengkujuh Ride di Beserah, Kuantan , Pahang Darul Makmur.
Meriah dan mencabar kata ahli kelab PRBC yang menyertai.

Pada hari tersebut saya tak dapat menyertai kerana ada Mesyuarat Pengurusan  dan Hari Keluarga PPD Pekan di Melaka. Terpaksalah melepaskan peluang berkayuh bersama-sama rider dari seluruh Malaysia. Sudah dua kali saya terlepas peluang iaitu tahun lepas dan tahun ini. Kedua-dua tahun tersebut saya memang mendaftar untuk menyertai tetapi apakan daya kita yang merancang, tuhan yang menentukan.Terima kasih tak terhingga kepada kawan iaitu en.Mohamad Karimi kerana sudi mengambil goodies yang cantik dan menarik membuatkan ku tertarik untuk menggunakannya. Tahniah juga kepada pihak penganjur yang telah berjaya menjayakan event ini dengan jayanya.

Gambar-gambar semasa kayuhan boleh di lihat di Facebook PRBC.






Ahad, 11 November 2012

KAYUHAN DIRAJA KARNIVAL RAKYAT 2012

11 NOVEMBER 2012- Kayuhan Diraja telah bermula di Perkarangan Stadium Darul Makmur dengan Pelepasannya telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.tepat jam 9.00 pagi.

 Geng PRBC
Ramai lagi yang menyertai tapi tak sempat bergambar







Medal, sijil yang telah diberikan kerana menamatkan kayuhan

Jumaat, 22 Jun 2012

KAYUHAN PENDETA SEMPENA HARI GURU

14 JUN 2012- Kayuhan Pendeta sempena hari guru peringkat negeri Pahang telah dianjurkan dengan kerjasama PPD Kuala Lipis. Program ini berlangsung di sekitar bandar Kuala Lipis sejauh 9.5km. Bikers dari Pekan seramai 10 orang telah menyambung kayuhan santai di kuala Lipis sejauh 42km mengikut bacaan Cat eye saya selepas itu. Sehinggakan saprapan pagi pun dekat 10km. Itulah bila tak cukup kayuh. Tahniah dan terima kasih kepada semua Team PeKan Recreation Bike Club (PRBC).
Berada di Pusat Malaysia km 0 di bandar Kuala Lipis

Geng PRBC di Bandar Kuala Lipis

Tahniah dan terima kasih kerana membawa nama Pendidik dari Pekan yang begitu bersemangat dan berhati waja.

Ahad, 13 Mei 2012

Salam, penuh kemaafan kerana agak lama blog ini tidak di kemaskini namun aktiviti kayuhan tetap diteruskan. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kesempatan waktu dan kelapangan untuk meneruskan aktiviti riadah ini

Pada 22 April 2012, kayuhan bendang Pahang Tua, menarik dan menyeronokkan.
 En.Basri cyclist berwibawa
Panorama di belakang menarik


Baju Merah tu penulis Blog
En.Karimi dan anakanda adalah penunjuk arah

Kayuhan penuh mencabar pada 13 Mei 2012, laluan Seri Pekan-Pulau Tambun-belakang SHAH dan ke Bandar Pekan. Yang paling penat bila dah makan nak balik rumah, he he he

 Tengok jalannya wow mencabar
sampai satu peringkat kena tolak basikal
Minum air kejap, dok rok doh

Khamis, 6 Oktober 2011

ENVIRO CYCLE HUNT

1hb.Oktober 2011 - Pertandingan mencari harta karun parlimen Pekan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar telah di jalankan. Seronok juga melayan kerenah pelajar sekolah rendah berbasikal mencari harta karun.Geng basikal Pekan telah di amanahkan untuk menjadi Marshal pertandingan. Meriah juga sampaikan ada yang tertinggal peserta kerana syoknya mengayuh. Biar apa pun tahniah untuk semua Marshal kerana khidmat cemerlang anda.


Perasmian oleh YB.En.Ibrahim bin Awang Ismail ADUN Peramu Jaya

Pakai topi keledar , jangan tak pakai

Marsyal pertandingan 

Bergaya sebelum mula mengayuh

Sempat berposing semasa peserta menjawab soalan

Berjaya juga jadi marsyal

Dapat MILO percuma

Pencatat dan hakim pertandingan

Selasa, 5 Julai 2011

KAYUHAN REKREASI 2HB.JULAI 2011

Lagi best, itu ungkapan untuk MYVI baru, tapi untuk kayuhan 2hb ni, lebih baik, sebab kita ada yang terlebih baik, tahniah kepada semua yang menyertai, kayuhan dari Inderapura Resort merentasi sawah padi Serandu dan ke Pertandingan memancing GP Joran Berita Harian di Kuala Pahang.
                                           Siapa lambat , sila tutup pintu.
                            Rehat Jap, cantik pulak kat sini, ada jugak kat Pekan