Selasa, 5 Julai 2011

Basikal Pertama ku

Jom main badminton...... ok Insyaallah. Itulah ucapan yang biasa ku berikan, tapi biasanya tak menjadi kerana malamku biasanya aku lebih suka rehat depan TV dan tidur setelah kepenatan mencari rezeki di siang hari. Sabtu dan Ahad jarang geng badminton bermain. Badan semakin besar , perut dah mula nak kedepan tanpa boleh di tahan, badan terasa lain macam kerana peluh kurang keluar.

Tengahari Ahad , sedang naik Kancil ku, terpandang Cikgu Awal dan isteri Puan Khiruni mengayuh basikal di traffic light depan Pantai Selamat, beri Hon tapi entah dia prasan atau tidak. Aku berkata kepada isteri, best jugak kayuh basikal, tak payah ada geng dan geng basikal ni biasa Ahad dan Sabtu boleh buat trip. "Emm, tambah besi buruk la kat rumah tu", sinis isteri takala idea di lontarkan. Sebenarnya kat rumah tu dah ada basikal buruk dan layak di jual kat Raja besi buruk. Basikal kat rumah dah ada 4 buah termasuk yang anak-anak.


Pegi Pejabat hari Isnin macam biasa awal pagi jumpa kawan-kawan dan En.Kamaluddin, tanya serba sedikit pasal basikal, sebelum mula bekerja. Banyak input yang dapat, malam kat rumah search internet, cari basikal. tertawan dengan Raleigh Diablo Pro , boleh tahan. En.Kamal tolong survey kat Kuantan, dia kata ok jugak basikal tu, bolehlah. Saya tak sempat ke Kuantan. Ada kursus kat Resinden Inn , Cherating.. inilah peluang , dan terus jadi. bermulalah kayuhan dengan basikal pertama ku, dan mungkin akan ada basikal kedua, Insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan